Pesan Roh Kepada Manusia
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit
atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai
orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu
:"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan
engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana
ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika
ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan
untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah
menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan
yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur
adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah
pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak
jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya
tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain
masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan
menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu
dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut
rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal
malaikat maut,mencabut roh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik
saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh
tersebut dari arah m ulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.



