12 barisan di akhirat
Suatu ketika,
Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada
sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba’:18)
Mendengar
pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu
Baginda menjawab:
"Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku
akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri…." Maka dinyatakan apakah 12 barisan
tersebut :-
BARISAN
PERTAMA
Di iring dari
kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan
melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka
demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka…"
BARISAN
KEDUA
Diiring dari
kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"
BARISAN
KETIGA
Mereka berbentuk
keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu
adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…"
BARISAN
KEEMPAT
Diiring dari
kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu
adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan
tempat mereka adalah neraka…"
BARISAN
KELIMA
Diiring dari
kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan
angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu
adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…"
BARISAN
KEENAM
Diiring dari
kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah
orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…"
BARISAN
KETUJUH
Diiring dari
kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah
dan darah.
"Mereka itu
adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…"
BARISAN
KELAPAN
Diiring dari
kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah
orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka…"
BARISAN
KESEMBILAN
Diiring dari
kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri
mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu
adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka…"
BARISAN
KESEPULUH
Diiring dari
kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan
kusta.
"Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…"
BARISAN
KESEBELAS
Diiring dari
kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang
seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah
mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah
orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka…"
BARISAN
KEDUA BELAS
Mereka diiring
dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka
melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara
dari sisi
Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah
orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal
dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih…"
Jika engkau
mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri.
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa
peritnya berpisah denganNya…..
Wallahua’alam.
WASSALAM.