kejujuran

Posted on September 28, 2008 by munirahsalleh.
Categories: feeling.

terlalu berharga..
tak ternilai rasanya
sbb kejujuran tu teras dlm sesuatu hubungan..

tanpa kejujuran, rasanya goyah sesebuah hubungan tu..

buktikanlah bila kau ada cinta*setulus hatimu bisa menerima*sebatas kejujuran yang kau miliki*bukan sekadar bersama….

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Tahniah Kak Erra Fazira…Alhamdulillah

Posted on September 21, 2008 by munirahsalleh.
Categories: Uncategorized.

Apabila aktres jelita hamil

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Erra dan Engku Emran tak sabar menghitung hari bergelar ibu, bapa

BAGINYA dia akan menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mengira jantina cahaya mata yang bakal dilahirkannya pada Mac tahun depan. Lelaki atau perempuan, semua itu anugerah yang cukup bererti daripada Yang Maha Kuasa.

Namun, aktres cantik, Erra Fazira tetap teringin untuk melakukan imbasan apabila bayinya mencecah usia empat atau lima bulan bagi mengetahui jantinanya. Sementara si suami, Engku Emran, lebih suka sekiranya jantina bayi yang bakal lahir itu tidak diketahui mereka sehinggalah saat yang ditunggu-tunggu datang.

Kata Erra, dia teringin untuk mengetahui jantina bayinya itu bagi membolehkan persiapan sepatutnya dapat dilakukan. Andainya bayi itu lelaki, maka persiapan cara menyambut bayi lelakilah yang akan disediakan. Begitu juga sebaliknya.

“Ramai juga rakan yang berkata, Erra akan melahirkan anak lelaki. Kononnya, sikap Erra bertukar menjadi lebih kasar sejak hamil. Erra sendiri tidak suka melaram sejak akhir-akhir ini. Kata mereka, itu semua tanda Erra hamil anak lelaki,” cerita Erra tatkala ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ibu tunggal anjuran Suria FM di Hotel Equatorial, Kuala lumpur.

Kata suaminya pula, memang mood isterinya agak senang berubah sejak beberapa minggu lalu. Dia amat memahami perkara itu berlaku kepada ibu yang sedang hamil. Lalu, dia menambah kesabaran dalam diri sebagai memberikan sokongan kepada isteri.

Erra Fazira

Apa saja jantina bayi yang kini berusia tiga bulan dalam kandungan, mereka menerima dengan penuh kesyukuran. Begitupun, kata kedua-duanya, masih terlalu awal untuk mereka melakukan persiapan. Paling penting ketika ini, Emran sentiasa memastikan Erra menjaga kesihatan dan tidak melakukan kerja yang membebankan.

“Acap kali, saya mengingatinya supaya turun tangga dengan perlahan-lahan. Jika tidak, dia lupa yang dia kini berbadan dua,” kata Emran sambil memberitahu, doktor keluarga, Dr Hamid Arshad dari Hospital Pantai kini dikenal pasti insan yang bakal mengawasi perkembangan kandungan isterinya.

Erra pula mengaku, selain aktif seperti biasa, dia perasan dirinya kini lebih kuat makan berbanding beberapa minggu sebelumnya. Beratnya juga sudah meningkat kepada 58 kilogram, daripada berat asal 53 kilogram.

“Nasib baik, Erra tidak mengalami sebarang alahan sehingga sekarang. Jadi, apa saja yang terlintas di fikiran, Erra makan. Pada masa yang sama, Erra dengar juga petua untuk ibu mengandung yang diberikan keluarga dan teman. Yang baik, tentunya Erra amalkan,” ujar Erra yang bakal menyambung penggambaran siri Mertua Vs Menantu selepas Aidilfitri.

Pelakon yang bakal muncul dengan filem Los Dan Faun ini juga berkata, sebagai persiapan menerima orang ketiga dalam keluarganya, dia banyak membaca buku mengenai kehamilan, melayari internet mencari maklumat berguna dan bertanya pengalaman mereka yang pernah bergelar ibu.

Pengalaman pahit ketika mengalami keguguran Mac lalu juga tentu sekali membuatkan wanita berusia 34 tahun ini lebih berhati-hati. Ujarnya, waktu itu dia cukup aktif dengan pelbagai kegiatan.

“Ketika itu, kandungan Erra berusia enam minggu. Erra pula tidaklah sedih sangat, cuma mungkin rezeki belum menyebelahi kami. Sekarang, Erra kenalah lebih berhati-hati. Mengangkat benda-benda berat itu, tidaklah lagi Erra lakukan sendiri.

“Apa-apa pun, orang paling gembira dengan kehamilan saya kali ini tentunya Emran. Nampaknya dia bagai sudah lama bersedia untuk bergelar bapa. Keretanya pun sudah ditukar kepada kereta keluarga empat pintu, bukan lagi kereta dua pintu yang selalu digunakannya,” kata Erra.

Mungkin kerana cukup teruja juga, maka Emran terlebih dulu membuka mulut kepada wartawan ketika usia kehamilan Erra baru dua bulan. Kata wanita ini, pada asalnya dia berhasrat mengumumkan berita kehamilannya itu secara bersama-sama, apabila kandungan sudah berada dalam peringkat ‘selamat’.

Katanya juga, Emran mendapat tahu mengenai kehamilannya menerusi alat uji kehamilan yang tertinggal di kediaman mereka, ketika pelakon itu berada di Tioman bersama-sama kakitangan Erra Fazira Entertainment, Julai lalu. Saat itu, Erra sendiri belum pasti mengenai kesahihan kandungannya sehinggalah dia melakukan ujian kedua.

p/s: syukur alhamdulillah..lame da aku tggu berita gembira ni dari kak erra..hepi to kak erra..chaiyokk…