Ani Telah Meng’tagged’ aku

Posted on January 12, 2009 by munirahsalleh.
Categories: sesaje.

Anie telah meng’tagged’ me..huhu..
mulakan ya..

Rules:
1. Link to the person that tagged you.
2. Post the rules in your blog.
3. Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4. Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5. Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6. Reply to me when you’re finish.

========== 6 things about me…ni kot?? =========

1. Suke sgt warna pink sampaikan kalu leh seme benda aku nak wat jadi pink..hehe
2. Suke makan ayam..tak kire la ayam masak pe pun..janji ayam n part dada….n leh mkn..nyumm
3. suke mkn coklat cadbury..sedapnye kalau leh mkn ari2..tapi nnti gemuk lak..ahaks
4. suke ikut suami jalan..actually suami gi wat keje..tapi aku nak ikut gak..hahah..saje nyebok..
5. suke gelak..ntah la..mmg jenis aku kot..tapi kalu time bad mood..jgn sape yang kacau..kalu tak mmg kena marah..hahah
6. suke yang paling best..hehe..surfing internet or ngadap pc pasang cite korea atau jepun sampai tertdo..ahaks;)

dan kwn-kwn yang kena tag ngan sy termasuk hubby sy(tu pun if die ade mase nak layan ni..ahaks;))
1. My Hubby
2. Pie
3. Rini
4. Fateen
5. Oda
6. All my blog readers

Tulang Rusuk

Posted on January 7, 2009 by munirahsalleh.
Categories: Uncategorized.

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah….

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!

Untuk isteri…. renungkanlah. ….
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Rasulullah pernah bersabda (bermaksud) :-   

   "Berwasiatlah kamu dengan cara yang baik kepada wanita sebab mereka
dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.  Dan sesungguhnya bahagian yang
paling bengkok di dalam tulang  rusuk itu adalah bahagian yang paling atas.
Jika kamu hendak meluruskannya secara keras dan paksa nescaya kamu akan
mematahkan dia dan jika kamu membiarkan dia demikian, ia akan sentiasa bengkok.
 Maka berwasiatlah kamu dengan baik terhadap wanita "
  (HR Bukhari dan Muslim )